Home » , » Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) - 10 Januari 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) - 10 Januari 2016

Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) menawarkan jawatan kosong terkini Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng) sebagai:

1. Akauntan W41
2. Pegawai Penilaian W41
3. Pegawai Tadbir N41

Tarikh tutup permohonan pada 10 Januari 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON
1. Pemohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang permohonan Jawatan Di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Yong Peng yang boleh dicetak melalui Laman Web Majlis Daerah Yong Peng atau mengambil sendiri borang di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng seperti berikut:

PEJABAT MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM 1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM
TEL: 07-4681026/4671276/4671441

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sertakan dengan :-
(i) Sekeping gambar terbaharu berukuran passport;
(ii) Salinan Sijil, Diploma, Ijazah (bagi Diploma dan Ijazah termasuk transkip keputusan peperiksaan semua semester), SPM, PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti aktiviti-aktiviti ko-korikolum ketika bersekolah.
* SALINAN SIJIL HENDAKLAH DIAKUI SAH oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
(iii) Nama jawatan/skim perkhidmatan yang dipohon hendaklah dicatat di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.
(iv) Sila hantar borang permohonan berserta dokumen yang lengkap ke alamat seperti tertera di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan jawatan 10 JANUARI 2016.
(v) Sekiranya borang tidak diisi dengan lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan pengurusan pentadbiran Majlis boleh menolak permohonan calon serta merta.

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng (MDYongPeng)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Muat turun borang permohonan disini